Muhasabah

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua.diampunkan Allah segala dosa diberi kebahagiaan dunia akhirat dijauhkan dari azab neraka Nya

_Muhasabah Diri_

“Lidahmu jangan engkau biarkan menyebut tentang kekurangan orang lain. Kerana engkau juga mempunyai kekurangan, dan orang lain juga mempunyai lidah”

Al-Imam Asy-Syafie Rahimahullah

 

*JENIS LIDAH*

❤️1. Lidah hikmah – Lidah yang ucapannya sentiasa menyampaikan kebaikan dan perkataannya akan menyentuh hati orang lain.

💜2. Lidah rahmah – Lidah yang ucapannya sentiasa menjaga hati orang lain, terutama pasangan dan ibu bapa. Dengan ibu bapa, ucapkanlah kata-kata yang menunjukkan orang tua kita dimuliakan (qaulan karima).
Dengan orang lain, ucapan kita kategori qaulan layyinan, iaitu kata-kata yang lembut.

💙Tiada istilah mulut jahat, hati baik. Perah limau, tidak akan mengeluarkan air epal. Apa yang terbit di mulut, pastilah ia berasal daripada hati yang baik.

🧡Sabda Rasulullah s.a.w.
“Tidak akan lurus iman seseorang, sehingga lurus hatinya. Tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.” – Riwayat Ahmad

Jaga lisan kerana setiap kata kata akan dipersoal kan diakhirat kelak.wallahuallam💚

Advertisements